Oct 31, 2014

Waterpark, I - City, Shah Alam


So a day before Deepavali haritu, aku and my little sisters went to Waterpark I - City, Shah Alam. 

Actually, tak plan pun nak pergi sini. Adik aku yang sorang tu baru lepas exam PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3), so sebagai abang yang baik, aku memang memahami lah naluri seorang pelajar mesti nak something after struggling for dia punya exam. So nak mengikut piawaian adik aku yang darjah 5 tu pula, since dia nak sangat main air, so I decided untuk bawa dorang ke Waterpark I - City. Actually, they requested untuk pergi Sunway Lagoon. Tapi dek kerana dorang ni penakut and mainan kat Sunway Lagoon tu agak extreme, so aku bawa la dorang pergi sini. Pandai kan aku? 

Tapi after pergi tu, aku tak ada lah rasa happy or seronok mana. So far aku rasa biasa je, cumanya, mahal. Mahal sangat. Bagi aku laaa.

Ticket untuk adult: RM35
Ticket untuk kid   : RM25

These two are with Mykad. Kalau tak ada Mykad lagi mahal. Jadinya two adults and 1 kid, untuk ticket sahaja aku dah spent RM95

Jadinya mesti lah kau nak simpan barang kau dalam locker kan? Dulu locker ni harga dia RM5 je, tuptup aku datang kali ni dah berharga RM10. Tapi okay juga lah sebab unlimited, I mean kau boleh buka tutup buka tutup locker kau tu sampai dia hancur. Lulz 



Inilah locker yang diperkatakan. Bawa la beg kecik kecik je, jangan kau bawa luggage pula. Mana nak menyumbat nanti. Lepastu nanti dia bagi kau nombor locker, bukannya kau main scan je kat locker pilihan hati kau. 


Since aku kata aku ni pandai tadi, aku dah pun berjaya menyeludup Butterscotch, roti Gardenia dan air mineral. Sebab I know kat Waterpark ni mesti penat. Makanan dia jual punyalah mahal. So aku pun penyekkan je la roti - roti tadi dalam beg adik aku. Dia check beg tau, so letak la roti tu kat bahagian bawah sekali. Lagi afdal kalau kau letak dalam beg perempuan, sebab dia tak check sangat. Faham faham je la. 

So perbelanjaan setakat ini adalah RM105. 

Lepas je menyumbat 2 buah beg berisi baju dan roti tu ke dalam locker yang sekangkang kera besarnya, kami pun lari lah masuk ke dalam tempat pertama. Ni tempat permainan untuk kanak - kanak. Bosan juga lah, sebab adik aku yang Anis tu je yang seronok dekat sini. Huargh. 

Lepastu pergi main slide tu, this one was okay lah aku rasa. Mencabar sikit, tak ada lah mencabar tapi ada la rasa takut tu sikit. Haha. Paling sadis bila nak main Vuvuzela tu tapi tak kesampaian. Minima 4 orang dan kami only ada  3 orang. Nak ajak orang lain tapi semua macam busy je, so telan air liur je la. Zzz

Lepastu masuk pool besar. Fefeling tepi pantai. Kejap je dah burnt kulit. So aku cadangkan kau tepek la Sunblock ke apa apa je la. Ni okay juga lah sebab dia pasang lagu kuat - kuat. Tak ada la kau lemas dalam air tu sebab tertidur. Kan? Lepastu ada la orang datang ambil gambar kau. Yang tak selesa tu dia suruh kau buat style ini la itu lah, eh suka hati aku la nak style apa kan, gambar engko ke aku? Tapi aku ikut je la. Paling best dia ambil gambar dalam air time kau menyelam muka separuh biru dek tahan nafas tu. Best la jugek. Lepastu dia bagi kau tanda no gambar tu. Kau pakai la kat tangan macam gelang emas tu. 

Lepastu aku naik pelampung tawaf la bulatan air amende tah kat dalam tu. Pressure air dia tak kuat sampailah aku kena kayuh sendiri pakai kaki aku. Ke aku yang berat? Eh tak la, adik aku pun kena kayuh sendiri. Naik berpeluh aku mengayuh, last last aku jalan ke dalam tu. Macam haraaaaaaaam hahaha

Lepastu kami berbalik main slide tadi tu, dah ini je ada. Yang lain banyak tak siap lagi. Tapi gigih kau nak buat waterpark kau ni. Wadepak. 

Dari pukul 11 macam tu sampailah pukul 2, aku berjemur di bawah sinaran Ultra Ungu. Tibah. Tengah main tu, tiba tiba hujan. At first dia bagi je kami berhujan sambil main ala ala cerita Hindustan gituww tapi bila dah siap petir guruh semua, demi mengelakkan ada yang kejung kena kejutan elektrik, semua dipanggil naik. 




Lebat ke idokk hujannya? Siap guruh semua. Ini pun ada gambar sebab aku dok macam gelandangan tepi locker tu. Sebab malas nak tunggu hujan berhenti, so aku pun berambos dari situ.


Lepastu masa nak keluar tu, kau bagi la balik tanda gambar kau tadi tu, RM25 untuk sekeping gambar. Mahal ke idokkkk. Gambar tu dia edit ada la letak riben bodoh kat tepi tepi tu. Macam teeeeeeet. 2 pieces gambar RM50. Baik aku isi minyak kereta aku lagi berfaedah. So dengan separuh hati yang berat, aku melepaskan la gambar aku yang di dalam air biru tu. Sedih, separuh nyawa aku menyelam hokay nak dapatkan gambar tu. Cisss. 

Lepastu pergi la kat parking, RM9. Murah ke mahal aku pun tak tahu la. Lantak bayar je. Then aku berambos dari situ. So far, aku rasa Sunway Lagoon better kot. Kalau agak agak nak tempat budget, pergi la sini. Tapi bayar murah so tak ada la best sangat. Eh murah ke? Jap nak buat besar besar.


MURAH KE?