Jun 22, 2013

20 June 2013 - 2 years

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kita terus sahaja kepada motif entri ini diterbitkan. Maka hari ini adalah 22 June, 2013.
Dua hari selepas tarikh yang tertera pada tajuk entri diatas. 

Ada apa pada 20 June 2013? 

Pada 20 June 2011, sejarah terlakar bila aku mendaftarkan nama di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur sebagai seorang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam pengkhususan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

So basically, program persediaan ini berlangsung selama 3 semesters iaitu satu tahun setengah bermula dari tanggal 20 June 2011 hingga December 2012. 
Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku lepas program ini :') 

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan aku secara rasminya telah bermula pada January 2013 selepas lulus program persediaan. Kini, aku berada di tahun pertama, semester kedua di dalam course yang sama. Alhamdulillah. 

Maka, pada dua hari yang lepas, genaplah DUA TAHUN aku menapak di bumi IPIK.
Alhamdulillah, walaupun banyak rintangan yang menghalang, kemanisan tetap hadir walaupun tidak selalu. Alhamdulillah :')

Saya pelajar IPG Kampus Ilmu Khas! :D
Dewan Dato' Razali Ismail. Tempat orientasi dulu. Grrr
Sentosa, 200A :') 
View padang IPGIK yang dikongsi bersama SMKSAS :3 
My freaking block! 
TESL :D
In class during lecture. Yawn 

Ini masa dinner foundation, semester 3

Classmates masa foundation :D

Last but not least, my cohortmates! 

Thanks for all the memories.
Semoga kita semua bertahan sehingga ke semester lapan, tahun keempat.
Amin :)

No comments: