Jun 4, 2013

Sunway Lagoon, Malaysia

Assalamualaikum.

Kita terus kepada tajuk entri di atas tanpa sebarang mukaddimah.
Yesterday was awesome sebab finally aku berjaya melakukan something yang berbeza. 
Dari hari pertama aku cuti, I keep on repeating the same routine. 
Sampailah perasaan muak itu muncul pada hari keempat aku bercuti.
You know.. Menghadap laptop for almost 24 hours, repeat the same playlist, eat, sleep and start all over again. LIKE SERIOUSLY, same thing! 

So yesterday my friends and I went to Sunway Lagoon. Wohooo 
My friends which are my ex classmates masa form 5 dulu ada tiga orang yang pergi.
So kesimpulannya ada 4 orang yang turut serta including me. Apa aku merepek.
Okay sebelum itu, big thanks to my Along sebab bagi aku free ticket.
Kalau tak, mana mampu. RM94 sebab nak masuk five parks there? 
Baik aku pergi beli buku, dapat juga aku study #eh 

So kami gerak pagi, dalam pukul 11 macam tu lah. 
Berbekalkan GPS Garmin dan juga GPS handphone aku, 
finally kami arrived there tanpa sebarang kesesatan menuju ke alam lain. 
Ingat tak ingat je jalan, so guna GPS lagi mudah. 


Waiting 
Readyyyyyyyyyyyy !

Okay kejadah aku tulis post ni sambil dengar lagu Jar of Heart. Pftt 
Sampai sana, first game kami main adalah yang Pirate Ship tu. 
Tak takut pun, serious tak, setakat terpusing pusing macam tu apalah sangat. 
Aku boleh buat lagi hebat dari tu, nak tercampak sampai ke langit pun boleh. K 
Ni lah dia ship jahanam yang buat aku kaki aku menggeletar tu, kahkah. 



Okay dengan kaki yang menggeletar ala ala lumpuh tu kami pun jalan masuk Wildlife park. 
Tengok lah haiwan - haiwan yang dikurung di dalam sangkar. 
Feeling - feeling Zoo Negara pula tempat ni. Aku suka tengok ular je. 
Nak snap gambar ular tapi semua menyorok. Ini kes sabotaj aku ni. 
Demi untuk tidak menghampakan kalian, ini je satu - satunya binatang yang
sempat aku sediakan sebagai juadah mata korang, pui ayat nak geli je. 


Krohh krohh krohhh

Lepastu tengok jam dah pukul 2:30. Oh ya Scream Park buka pukul 2:45 pm. 
Masa ni kami masih kering, tak pergi Water Park lagi. So decided nak pergi
masuk rumah hantu dulu. Masa ni perut aku dah lapar gila.
Pagi before gerak tu aku cuma makan biscuit Oat kat rumah ni. Air pun tak minum. 
So pergilah beli air mineral, RM3 harga dia. Mampu ke kau nak beli air mineral berharga RM3? Rasanya sangat sedap, macam rasa Air Milo. Yelahh RM3 kannnnnnnn. 

Lepas minum tu jalan la kaki pergi cari Scream Park. 
Sekali sampai fuhfuhh dah beratur panjang orang nak masuk.
Adalah sejauh 1km panjangnya orang beratur tu. Dengan berkat kesabaran menunggu
selama lebih kurang 20 minit, akhirnya tiba giliran kami masuk. 
Akak tu bagi intruction, 

"No cameras, no phones, the ghosts may come near to you, very close to you, but they won't touch you, 
and don't beat them" 

Aku pun sengih je la dia cakap macam tu. Kalau kau berani sentuh aku, 
aku saman seisi Sunway Lagoon ni! I'm dead serious.
 Masuk sekali ramai ramai, nak tergelak juga aku memula. 
Kejadah masuk rumah hantu secara berjemaah macam rombongan Cik Kiah ni? 
Tapi rupanya ada banyak parts. Dia bagi tengok movie dulu kat dalam tu, konon gempak lah kan tapi seriously crap, kaki aku dah cukup lenguh berdiri masa beratur kat luar tadi, 
ini nak tengok movie sambil berdiri lagi? 
Aku pun tengok je la walaupun tak berapa nak faham apa motif sebenar movie pendek tu. Tengah tengok, tetiba keluar zombie mengejut dari depan. 
Fuh nasib aku duduk belakang, hehe apa kau gelak?! 
Okay rumah hantu sebenar dah mula, dia pecahkan kami masuk sikit sikit.
Aku jalan dengan four members aku, ada sorang abang mana tah ni, sorang makcik and sorang nenek. Serious, nenek. Tapi takdelah tua sangat, tapi makcik tu called her as nenek. Serious aku ulang, nenek. A nenek pergi Sunway Lagoon. A NENEK pergi Sunway Lagoon. Diulang suara menggunakan pembesar suara, A NENEK pergi Sunway Lagoon and masuk rumah hantu. Okay aku bangga dengan semangat pertiwi yang dia ada. 
Kami kena berjalan dalam barisan, so abang tu yang lead kami. HAHA. 
Aku kejap kejap jalan kat belakang sekali, kejap kejap kat tengah, 
orang tolak aku terus ke belakang. 
Cis main tolak tolak pula bebudak ni. 
Jalan, hantu dia dalam cage, dia tumbok cage dia naik pekak telinga aku. 
Bising lah gila, kau duduk diam boleh tak. Tetiba hantu tu keluar, maakkkk semua lari 
aku lari tergelak gelak macam aku pula hantu dalam tu, kahkah. Nenek ni pula pandang aku hahaha sorry lah nek saya excited sikit. Hihi

Jalan lagi, dia bagi cermin mata 3D. Ni macam gempak je. 
Tapi aku macam rabun je pakai speck ni, tak nampak apa. Haremm. 
Jalan jalan, ada budak kecik hantu baju putih datang dekat.
Aku yang macam rabun ni boleh blur, natang apa yang datang dekat ni? 
Rupanya hantu, oh hantu. Hahahaha aku gelakkan dia lagi kahkah. 

Jalan lah kami dalam tu, serious dalam hati aku merungut sebab panas.
Lain kali pasang lah aircond, bentang red carpet, sediakan kedai minuman sekali. Grr
Sampailah ke part pocong, member aku tolak suruh jalan dulu.
Aku pun jalan lah dulu. Pocong ni semua patung. 
Sampai aku nampak satu pocong kat satu sudut menghadap dinding.
Sekali kami lalu, dia lompat pusing pandang kami. Menggelupur lari sampai
terlanggar nenek tadi. Hahahaa lawak berair mata aku gelak dalam rumah hantu. 
Lepastu keluar, okay dah habis. Dah habis, K macam tu je rupanya. 


Gambar pintu masuk je yang mampu


Start dari sini dah takde gambar sebab phone dah simpan dalam locker. Sadis
Lepastu naik roller coaster. Nampak macam tak extreme.
Sekalinya maaaaakkk aii nasib tak tercampak keluar. 
Takut separuh nyawa melayang naik benda ni. Tapi kami naik roller coaster ni
dua kali. Sebab best kot walaupun takut. Haha 
Lepastu main waterpark, main yang pusing pusing tinggi tu. 
Terbang dalam pelampung, melambung lambung. 
Takut tapi seronok. Best gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

Lepastu masuk Waterplexx 5D. Waa yang ni best juga. 
Duduk je macam tengok wayang. Lepastu pakai cermin mata pop ye yeah tu.
Best! Aku suka yang ni, menepis nepis tangan tengok movie 5D. Hahahaa 


Ni rembat kat Google
Lepastu apa lagi malasnya aku nak tulis dah. 
Naik jambatan gantung lah apa lah. Perut masa tu memang lapar.
Yet managed to enter all parks. Tak lah membazir kan.
Tengok jam dah pukul 6, nak tutup dah. So keluar lah
Lepas dapatkan duit deposit balik terus naik Sunway Piramid.
Pergi melantak KFC kat situ. Menggeletar aku beratur nak order.
Serious perasaan macam berbuka puasa. Aku ordered Dinner Plate terus. Haha 


Nampak kan betapa kebulurnya. 
Bla bla bla kami balik. Balik tu bukan terus balik rumah
Masih gagah kami singgah pergi karaoke. Hahahaa macam orang gila
Melalak dengan suara yang habis sebab menjerit tadi tu. 
Bla bla blaaaaa arrived home around 12. 

Alhamdulillah, yesterday was awesome! 

No comments: