Oct 31, 2015

Travel




Dalam meniti dunia serba hispter sekarang, kalau kau tanya sesiapa pun mesti mereka nak travel. Ye lah, siapa yang tak nak travel. Takkanlah kau nak terperap je dekat tempat kau, mestilah kau nak berjalan, tengok tempat orang, terjun sana, selam sini, lompat sana, daki sini, post Instagram dan sebagainya. 

Kalau tanya aku pun, yes. Mestilah aku nak travel. Persoalannya, berduitkah aku? Reality hurts kan. Aku nak travel, cumanya aku ni lain sikit. 

Pertama, aku ni jenis orang yang tak willingly dalam everything unless aku rasa betul - betul redha, best dan rajin untuk travel. 

Benda yang boleh mempengaruhi tahap keredhaan aku adalah:


  1. Duit.
  2. Tempat
  3. Jauh perjalanan
  4. Siapa yang pergi 

Duit. Siapa yang tak kisah weh pasal duit. Aku jenis yang tak willingly nak trash out my money on vacation. Hahahahaha. Okay, just imagine. Kalau kau nak pergi tempat yang best - best sikit, paling kurang pun RM300 mesti ada dalam tangan. Oh no way! RM300 tu aku boleh beli macam - macam you know! 

Tempat. Tempat tu kalau tak best baik aku tengok Youtube goyang kaki sambil makan kuaci je. Ada ke patut ajak aku pergi Teluk Batik?! Bukan kata Teluk Batik tu tak best, tapi oh come on. Teluk Batik tu tempat rombongan aku masa Tadika Kemas dulu kot! 

Jauh perjalanan. Aku ni insan yang tidak dikurniakan sifat kesabaran. Kalau tempat tu jauh sangat pun aku rasa malas sangat nak pergi. Naik kereta lama - lama boleh patah tulang belakang aku. Kalau dekat sangat pun tak best. Ah aku pun tak tahu apa yang aku nak! 

Siapa yang pergi. Well ini mestilah. Kalau kau travel, mestilah kau kena pergi dengan orang - orang yang kau selesa. Kalau kau pergi dengan sekumpulan budak nerd yang membawa novel bajet - bajet cari idea bawah air terjun, hmmm sorry. 


On top of everything, actually aku pun nak travel. Go around the world. Masa aku sekolah and in my current institution ni lah masa yang sesuai untuk aku travel around Malaysia. 

Dulu sanggup pergi camping yang tah apa - apa semata - mata nak bercuti free. 
Masa form 4 pergi Terengganu untuk Kem Taman Laut. Dah naik bot baru aku nampak yang t shirt sekolah aku terapung apung di dalam laut. Sedih! 

Gigih juga aku pergi camping, berpuluh sijil aku on camping je sampailah satu tahap dekat maktab yang aku rasa muak nak mampos pergi camping. Aku dah tua kot. 

Kalau tengok tempat out from Malaysia, aku teringin nak pergi. 

  1. New York. 
  2. Paris
  3. Venice
  4. Istanbul
  5. New Zealand 

Nanti dah kerja, boleh la kot slow - slow kumpul duit. Boleh pergi tempat - tempat ni for leisure. 

Buat masa sekarang, tak payah nak travel sangat. Melainkan kau guna duit kau sendiri. Eh malu lah kau sibuk post sana - sini tapi family kau yang sponsor your so called vacation tu. 


Doakanlah saya, kalau tak dapat travel pun, dapat sambung Masters dekat oversea pun dah cukup. Amin. Hewhewhew