Oct 30, 2015

Dulu dan Kini



  1. Aku dah tak suka buang masa dalam mall, pusing - pusing cari barang yang akhirnya end up dengan beli makanan instead of barang. Kali ini aku lebih bijak, masuk mall, jalan dengan laju ke tempat yang dituju, campak sana campak sini, pergi kaunter, bayar, jalan kaki, bayar parking, blah. 
  2. Aku dah tak suka kecilkan seluar, mungkin sebab aku yang membesar? Plus tiada lagi jeans koyak, jeans lusuh, jeans skinny, jeans pendek lah segala mambang. Sekarang ni pakai jeans hitam je, atau pun track suit. Ah kisah! 
  3. Aku dah tak suka makan fries. Aku pernah wish yang aku ada selori fries dan aku sorang je yang makan semua tu. 
  4. Aku pernah cakap dekat abah yang aku tak akan pernah miss tengok Doraemon, ternyata semua itu salah! Aku dah tak minat Doraemon, kalau boleh tengok it is a plus point, kalau tak dapat tengok tak apa lah.
  5. Aku tak suka tengok tv. Teringat zaman lepas SPM dulu, sampai nak meletup tv tu aku buka dari subuh sampai ke subuh besoknya.
  6. Aku jarang buka Twitter. Kalau dulu kau jangan cakap, sampai kena tweet limit pun aku tetap akan tunggu supaya boleh tweet. 
  7. Aku ada banyak wishlist. Almost semua benda aku nak beli! 
  8. Dulu aku pernah wish nak belajar jauh - jauh sebab aku tengok along aku yang study dekat Kedah tu macam best je, naik bas pergi belajar sana sini. Tapi rasanya sekarang ni lagi dekat lagi bagus. Aku nak posting KL je nanti. Doakanlah! 
  9. Aku pandai masak sikit dah I tell you. Aku boleh buat kek batik kahkahkah. Tapi rasanya tak menentu, kejap elok kejap tak. Aku boleh buat spagetthi yang rasanya pun tak menentu, lagi aku pandai lah reka reka makanan contohnya macam daging burger tu aku masak sambal. Rasanya tak sedap but well, it is a good achievement! 
  10. Aku tak sure, kadang aku rasa muak sangat pergi karaoke. Tapi kadang - kadang aku teringin. Kawan A ajak, tapi tak nak ajak si B. So aku ikut si A, lepastu si B pula ajak. Nanti si C pula ajak. Kiranya aku muak sebab nak jaga hati semua orang yang ajak. I know suara aku sedap but chill bitches, give me space. 
  11. Aku jarang makan pedas sekarang. Paling kurang bila aku pergi cafe, aku ambil ayam goreng keras dia je. 
  12. Lately aku jenis pantang orang high beam aku dekat lane slow. Kau dah tahu itu lane slow, kau high beam lah yang lembab dekat fast lane tu. Selepas memberi ruang untuk si bedebah memotong, aku sekarang jenis yang suka kejar dia. Aku akan ikut kereta dia, follow rapat rapat and bila dah puas aku high beam dia. 
  13. Aku dah jadi abang yang baik. Kurang marah adik - adik aku dah, mungkin dorang kot yang dah matang dan semakin senonoh perangai. Sebab tu lah kot. 
  14. Aku sangat suka makan tempe hahahahaa. Dulu tak macam ni, sekarang ni kalau pergi tapau makanan, aku sanggup cari kedai yang ada jual tempe semata - mata nak penuhkan polistrin aku dengan tempe. 
  15. Aku dah tak rindu sekolah. Please, banyak lagi benda yang boleh aku rindu