Nov 27, 2013

Things To Do!

Assalamualaikum. Well, we meet again!

Okay terus kepada agenda utama aku menulis pada waktu dan ketika ini. Amboi 

My holidays baru je start, so as what other normal students do, aku pun sama akan list out everything, I repeat, everything that I will do during my holidays! And today, its already a week since my last paper on err I lupa. 

So things that I've planned for my holidays adalah seperti yang berikut. 

1. Vacation with my family! 

Wahwah mestilah, kalau dah cuti takkan kau nak having vacation dengan monyet pula kan? Well same with other fellas, aku pun ada duduk merangka percutian lah kononnya. Satu hari suntuk aku dengan kakak aku survey tempat. Feri lah, chalet lah, makanan lah, transportation lah and so many other things lah. Then last we decided just nak pergi Pulau Pangkor for three days and two nights. Lame place, I know. Tapi ini nearest with us and I knew my family well, my adik mana boleh tahan jalan lama. Setengah jalan dalam kereta mesti demam. My mom pun tak suka pergi pantai. Takut Tsunami katanya, yeah this is for real. Dia sangat takut, phobia dan yang seangkatan dengannya if we ajak her pergi pantai. But what to do, me and my sister sangatlah suka pergi pantai. 

So yeah,  back to our so called proposal tadi, my sister and I bentangkan cadangan bercuti kat abah. Simply he agreed, dekat pun dekat, chalet pun okay and okay okay je lah. Actually my dad ni kau cakap apa pun dia setuju, pasrah je sebab dia tahu whether dia agree ke tak, anak - anak dia semua ni akan paksa juga dia untuk agree. Jengjeng tibalah masa yang dinantikan, nak bentang proposal kat my mom. The first word that came out from her mouth was, "TAKNAK". I was like, kayyy as expected. Bla bla bla dia cakap nak pergi boleh, tapi balik hari. Haih penat laaa, yang tukang drive mesti aku and abah je. Along tu dah la pemalas. So bla bla bla cancelled lah plan hambar ini. 
 

2. Spend time with Bulat! 

He is my friend, my ex classmate when I was in school. So right after SPM, he did not further his studies, dia prefer untuk kerja. So he is my only friend yang available untuk diajak pergi ke sana dan ke sini dan kemana mana sahaja. Since my other friends yang dari UiTM lah, Poli lah and other private colleges tak selaras cuti dengan aku, so dialah calon terbaik untuk diajak pergi karaoke lah, shopping lah, pusing tak tentu hala lah and sooooooooo many other things! Fuh panjang description aku. 

But semuanya tak menjadi. 

I was informed by him that he was accepted to enter UiTM. On my first day of holiday! You know what, all my dreams, all my wishes and all my hopes musnah macam tu je. Ahh dia je yang reti drive, kalau nak mengharapkan Shasha memang aku je lah yang drive ke sana sini. Baru je cadang masa August haritu nak pergi Terengganu lah, Kelantan lah, Negeri 9 lah, last last semua cancelled. But still, congrates to him. Ini yang terbaik, finally kau sambung belajar. Good, masa kau grad diploma nanti, aku pun grad juga. Grad Ijazah *masih nak menang* lol.

 3. Tidur awal dan bangun awal! 

Seperti yang kita sedia maklum, hidup di IPG ni memang perit. Lagi lagi kalau kau masuk dalam course yang kau macam ala ala pasrah je. Eh apa kaitan ni. Okay okay so hidup aku di IPG masa semester 2 ni tersangatlah perit dan menghiris jiwa dan raga. Tak adalah busy mana tapi penat lah juga sebab assignments dia semua vogue the vast! Monday punya jadual paling sadis dan menyayat jiwa. Kau kelas start pukul 8 sampai lah pukul 1:30, gap 1 hour then sambung lagi kelas merapu for one hour dari 2:30 - 3:30. Then ada gap lagi sejam ni kau rehat ala ala tak puas je, pukul 4:30 sharp dah kena terpacak kat padang untuk bola sepak. Panas woi, 4:30 - 6:30 kau sepaklah bola kat padang tu. Malam pula tutorial task menunggu. Kalau musim submit assignments lagi lah perit. Hanya Allah yang tahu macam mana rasanya masa tu. Okay habis mukaddimah. 

So because of all these reasons, masa tidur aku selalu je terganggu. Tidur pukul 2 lah pukul 3 lah, lepastu bangun kelas everyday pukul 8. Oleh itu aku nekad untuk tidur awal dan juga dapatlah bangun awal masa cuti nanti. 

Tapi, hancur semuanya sayang. Hancur. 

Dek kerana mata ni dah terbiasa terbeliak sampai pukul 3 pagi, aku pun selalu terjaga pada pukul 3 ke 4 pagi, kadang kadang masuk tidur pukul 12, tapi golek golek punya golek, eh dah 4 pagi! Kadang kadang lelap 1 pagi, pukul 5 pagi celik pula. Eh apa ayat aku ni terpusing pusing. Tapi itulah, dah biasakan tidur lewat, so ini nak menbiasakan tidur awal tu memang susah. Pagi, eh bukan pagi dah. Asal bangun je mesti dah tengahari. Kadang kadang tu bangun petang. Amboi terlajak kemain. 

 4. Jaga makan (lah konon)

Ini daripada zaman Mesolitik dulu aku cuba nak kurangkan makan masa cuti tapi tak pernah menjadi. Buka fridge, eh ada Cadburry, eh ada Big Apple, eh ada cake, eh ada Oreo, eh ada wedges, ada nudget, ada meatball, ada candy, ada argh semua ada! Konsep family aku ni suka membeli tapi tak suka makan. Suka beli stock makanan banyak banyak lepastu simpan dalam fridge. Haaa akulah yang sukarela akan melenyapkan segala jenis khazanah dalam peti ais tu. 

Penat menahan diri, jangan Aziz jangan. Seluar jeans kau dah 6 helai ketat tu, 3 helai dah tak muat langsung. Kau jangan membazir. Tapi apakan daya, aku telan juga semua. Ini impak tidur lewat lah ni! Perut lapar, aku pun gatal la jenguk fridge. Ada lagi tak kisah yang lagi sedih daripada ini? 


Apa lagi tah aku plan masa haritu, aku lupa. Hm actually tak lupa, tapi malas nak menaip. Macam panjang sangat lah pula, bukan ada orang jengah sini pun nak baca. Pasrah! 
Okay, akan ku usahakan untuk post yang lebih berilmiah dan bermotif pada masa akan datang. Chau!

No comments: