May 26, 2013

20 senarai cela

20 Important events yang tak akan pernah aku lupa masa aku bergelar pelajar sekolah dulu :')

1. Sehari sebelum exam or test account, cikgu akan bagi jawapan siap - siap kat whiteboard a day before the real test. So, tulis siap siap dekat testpad, besokknya tinggal pura - pura menjawab and terus submit!

2. Selalu menggunakan nama club/pengawas untuk keluar waktu Mathematics. Katanya ada urusan urgent yang perlu diselesaikan, tapi sebenarnya lepak library atau tawaf satu sekolah sampai masa habis. 

3. Peristiwa di mana pengetua ronda sekolah secara mengejut. Berita pengkhabaran beliau akan disebarkan dari kelas ke kelas, "woi pengetua ronda cepat sampu sampah, lap tingkap, keluarkan buku, susun meja, ketua kelas sila cari guru!" Bertempiaran bebudak kelas memimjam penyapu kelas sebelah, hasilnya dalam masa singkat selama 4 minit, kelas berada dalam keadaan rapi, dan teratur. Maka pengetua akan lalu sambil melemparkan senyuman seakan joker. 

4. Waktu Mathematics, sila keluarkan buku. Jawab latihan, cikgu akan pusing satu kelas nak pantau kami buat kerja. Sampai turn aku, mesti aku akan jawab graph. Itu je yang aku tahu *sebak*

5. Berebut rebut nak beli makanan kat kantin, sampai terbang dan terpelanting ayam goreng Shasha jatuh ke depan kaki aku. *sadis*

6. Ponteng kelas tambahan cikgu Hilan. Decided taknak lalu wing A sebab cikgu ada kat situ. Tapi end up cikgu nampak kami through other wing, bertempiran lari sambil tergelak. Walaupun dah kantoi, tetap nekad nak lari. Besoknya dalam kelas, cikgu perli, "Aii kenapa saya nampak 6 orang je dalam kelas ni? Mana yang lain?" Sebabnya, kelas semalam cuma 6 orang je yang pergi. Selebihnya adalah kami yang memonteng. 

7. Tanggal 3 June 2010, dalam kelas Cikgu Zaleha. Pengetua serbuuu. Dijemur ditengah tapak perhimpunan. Lama dan panas macam kat padang pasir. Habis bernanah telinga aku dia maki maki aku dalam office, ciss. Masa ni birthday atok, so kami wish, "Happy birthday atok! Ini hadiah teristimewa kami bagi untuk kau!" 

8.Kelas Komsas Cikgu Rozainin. Kantoi sebab tak baca cerpen apa tah aku lupa, di jemur laaagii. So membacalah kami dalam terik panas mentari masa tu, those yang dah siap baca boleh naik kantin. Dan aku yang memang tak tahan azab panas masa tu buat bodoh je naik walaupun aku baru baca setengah muka surat. 

9. Pindah sekolah, disebabkan banyak sangat buku bawah meja maka terpaksalah membeli kotak dan mengangkut semua buku - buku itu guna kereta incik Bulat. Motif aku ingat peristiwa ni masih tidak diketahui.  

10. Antara taktik meniru termasuklah memberi jawapan dengan menggunakan bahasa isyarat alien, menggunakan calculator Casio yang bertempek dengan sticker, menulis jawapan pada pemadam yang maha kecik, tukaran skrip jawapan secara kilat dengan kawan sebelah, buka buku teks besaq gedabaq (those yang duduk belakang), bisik membisik dengan volume sekuat -9 dan yang paling kejam jawapan dah ada dalam testpad.  

11. Waktu rehat suka seludup keropok lekor naik bawa masuk dalam kelas, walaupun keropok lekor itu panas melecuss hingga membakar paha aku dalam poket depan, aku tetap gagah menyeludupnya membawa masuk dalam kelas. Hm sedapnya ratah sambil dengar cikgu membebel kat depan. 

12. Peristiwa di kantin di mana senior lelaki ni nak beli air, tapi tersenggol kawan sebelah dia, lalu terpelantinglah ayam goreng dia ke kaki aku *aku pun tak faham kenapa ayam orang selalu jatuh depan kaki aku*. Dia boleh ambil balik, pandang kiri - kanan, di tiupnya ayam tu, "fuhh fuhh" sambil bercakap dengan aku, "elok lagi ni" *fuhhfuhh tiup lagi* dan beredar dari situ. Aku pun tergamam tak mampu berkata apa, dalam hati je aku menyumpah, wey bodoh kantin ni dah la kotor bekas kasut orang, kau boleh kutip ayam kau? WTF 

13. Kelas Sejarah cikgu Kassim pada hari Rabu, kelas tu mula pukul 12 - 12:30 je. Tapi kami ni dengan kurang ajarnya selalu masuk pukul 12.20. Sama juga bila nak turun ke lab Science, masa yang diambil untuk turun tu adalah kira - kira 20 minit. 

14. Time perhimpunan, aku selalu jadi mc. Pernah sehari tu aku tersepak pasu yang species bunganya tidak diketahui, tapi bunga tu buruk, harap pasu je besar. Makk aihh peritnya kaki aku nasib takde siapa perasan, tempanglah aku dalam beberapa minit dan terlompat lompat separa pocong yang tak berapa nak mampu kat depan tu.  

15. Sportcheck tergempar, dalam banyak - banyak pengawas lain, aku je yang selalu terbuka bag yang bawa pad.  Pftttt 

16. Kena maki hamun sekejap dengan pengetua sebab seluar aku kecik kat bawah lepas assembly, menggelabah aku berlakon, er saya tak sihat nak pengsan ni. Terus lepas. 

17. Hampir semua cikgu yang mengajar kelas aku akan menangis dek tak tahan dengan kami yang super duper degil ni. Semua touching, tak sanggup nak menjaga. Yekeee 

18. Aku nak curi kertas A4 cikgu Jemilah dalam locker dia kat bilik KHB, tengah menggelabah nak tarik tu boleh pula terpecahkan mug yang student gave her as a present. Duhh tambah dosa! 

19. Cikgu sorang ni panggil kelas kami Kandang Babi. Well kinda harsh right, ala dulu dipanggil babi la, lembu la bodoh la apa la tapi kelas aku juga yang berjaya semuanya. Alhamdulilllah *lambaian ala ratu*

20.  Kegagalan dalam subject di sekolah ada perkara biasa, tiap kali gagal mesti akan nyanyi lagu Stacy, "gagal laggiiiiiii kamarku sedia terkunci heyyyyyyyyyy!" K tidak bermotif



Aku pasti anda mesti tahu siapa lelaki berbaju biru berwajah kucing yang feeling hot dan comel tu kan? These are all my sweet memories. I miss you guys! :')

No comments: